Tuesday, June 21, 2011

Iklan Kekosongan Jawatan DGA29/DGA32timebase di PKG

Pegawai-pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang sedang berkhidmat dan berminat dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan Gred DGA29/DGA32 (Time Base) di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Nabawan, PKG Sipitang, PKG Pitas, PKG Tawau, PKG Kunak, dan PKG Sandakan. Bilangan kekosongan adalah satu (1) bagi setiap PKG.

Cara Memohon:
1. Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi di PPD/PKG yang berkenaan.
2. Pemohon hendaklah mengemukakan borang permohonan, salinan Sijil/Diploma serta dokumen-dokumen yang berkaitan. ( perlu disahkan oleh pengetua/guru besar)
3. Borang permohonan yang lengkap diisi bersama pengesahan pengetua/guru besar serta dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dihantar melalui pengetua/guru besar kepada:

Ketua Penolong Pengarah,
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri sabah,
Lorong Sahabat, Off Jalan Penampang Lama,
89500 PENAMPANG.

Pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada Unit Pengurusan PTPB dan PKG di talian:
088-710934

Iklan ini ditutup sehingga jawatan ini diisi.
Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment