Pengenalan

Wawasan 2020

“Menjelang tahun 2020, Malaysia boleh menjadi Negara bersatu dengan masyarakat Malaysia yang yakin, mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh, hidup dalam masyarakat yang demokratik liberal dan bertolak ansur, penyayang,adil dari segi pengagihan ekonomi, progresif dan makmur dan mempunyai penguasaan sepenuhnya dalam ekonomi yang bersaing, dinamik, giat dan kental”

FALSAFAH
Bahawa penggunaan pelbagai media dan teknologi pendidikan secara terancang boleh mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah serta memberi peluang kepada setiap pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu.

Visi
Meneraju transfomasi generasi bestari melalui teknologi pendidikan

Misi
Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan instruksional
menerusi pembudayaan inovasi teknologi pendidikan

Moto
“Teknologi Untuk Pendidikan Bestari”