Monday, July 11, 2011

SELAMAT BERJUANG TOKOH NILAM KAMI!!!


Sekalung tahniah kepada semua calon Tokoh NILAM yang mewakili Negeri Sabah ke peringkat kebangsaan pada 14 Julai hingga 17 Julai 2011 di Kuala Lumpur nanti!!
Kami warga PTPB Sandakan sangat berbangga apabila 3 daripada 4 calon Tokoh Nilam ini adalah dari Bahagian Sandakan. Walau bagaimanapun, doa dan sokongan kami tidak akan berbelah bahagi kepada 4 calon Tokoh Nilam ini... GOOD LUCK SEMUANYA!!

BUTIR-BUTIR CALON TOKOH NILAM DARI BAHAGIAN SANDAKAN :




(A)
NAMA: NURSHAFIQAH BT MUHAMMAD AL-SHAFIEQ
DARJAH: 6 HARMONI
SEKOLAH: SK. ST. MARY CONVENT
KATEGORI SEKOLAH: SEKOLAH RENDAH BANDAR













(B)
NAMA: SYAFIK SAFWAN BIN SAINAL
DARJAH: 6 EXCELLENT
SEKOLAH: SK. SERI MANIS
KATEGORI SEKOLAH: SEKOLAH RENDAH LUAR BANDAR









(C)
NAMA: YOSLYN BINTI SISSARI
TINGKATAN: 5 DELIMA
SEKOLAH: SMK PEREMPUAN SANDAKAN
KATEGORI SEKOLAH: SEKOLAH MENENGAH LUAR BANDAR

Monday, June 27, 2011

Status Penarafan SSQS di Sandakan

Penarafan SSQS bagi Negeri Sabah yang telah dijalankan pada 13/06/2011 lalu dan akan berakhir pada 03/07/2011 ini telah membuktikan sekolah-sekolah di Daerah Sandakan sangat peka dan komited dalam tugas. Pencapaian peratus sekolah yang telah mengisi borang SSQS adalahsebanyak 85.9% pada 22/06/2011 yang lalu merupakan peratus pencapaian tertinggi di Negeri Sabah. PTPB Sandakan mengucapkan tahniah kepada sekolah-sekolah di Daerah sandakan!!. Walau bagaimanapun kepada sekolah-sekolah yang belum melakukan perkara tersebut diharapkan dapat menyegerakannya. Borang online boleh diisi di alamat :



Sumber rujukan :

Friday, June 24, 2011

Bengkel Latihan dan Mandatory Handholding Bersepadu e-Perolehan

Tarikh : 27/06/2011 - 29/06/2011
Tempat : BTPN Sabah

Bengkel yang berlangsung selama tiga hari ini akan dihadiri oleh Pn. Halimah bt Othman, Penolong Ketua Unit PTPB Sandakan bersama Cik Emileissa bt Hussein iaitu pembantu tadbir di PTPB Sandakan. PTPB Sandakan mengucapkan selamat menghadiri bengkel dan selamat menimba ilmu dan pengalaman yang bermanfaat untukk menggalakkan lagi transformasi teknologi pendidikan!!!

"Teknologi untuk Pendidikan Bestari"

Tuesday, June 21, 2011

Iklan Kekosongan Jawatan DGA29/DGA32timebase di PKG

Pegawai-pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang sedang berkhidmat dan berminat dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan Gred DGA29/DGA32 (Time Base) di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Nabawan, PKG Sipitang, PKG Pitas, PKG Tawau, PKG Kunak, dan PKG Sandakan. Bilangan kekosongan adalah satu (1) bagi setiap PKG.

Cara Memohon:
1. Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi di PPD/PKG yang berkenaan.
2. Pemohon hendaklah mengemukakan borang permohonan, salinan Sijil/Diploma serta dokumen-dokumen yang berkaitan. ( perlu disahkan oleh pengetua/guru besar)
3. Borang permohonan yang lengkap diisi bersama pengesahan pengetua/guru besar serta dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dihantar melalui pengetua/guru besar kepada:

Ketua Penolong Pengarah,
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri sabah,
Lorong Sahabat, Off Jalan Penampang Lama,
89500 PENAMPANG.

Pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada Unit Pengurusan PTPB dan PKG di talian:
088-710934

Iklan ini ditutup sehingga jawatan ini diisi.
Sekian, terima kasih.

Friday, June 17, 2011

APICTA 2011 Awards

Dimaklumkan bahawa Multimedia Development Corporation (MDEC) sekali lagi menganjurkan MSC Malaysian APICTA 2011 Awards. Anugerah ini adalah bertujuan untuk menggalakkan lagi percambahan dan perkembangan dalam daya kreativiti dan inovasi dalam ICT terutamanya di kalangan warga pendidik, pelajar, syarikat-syarikat yang berstatus MSC dan lain-lain. Terdapat 20 kategori dipertandingkan, tarikh tutup adalah pada 16/07/2011. Maklumann lanjut boleh melayari laman web di bawah:
MSC Malaysia

Wednesday, June 15, 2011

Bengkel e-SPKB

Anjuran: Jabatan Akauntan Negara cawangan Sandakan
Tarikh: 15/06/2011(Rabu)
Masa: 9.00 a.m - 4.00 p.m
Tempat: Makmal e-SPKB Jabatan Akauntan cawangan Sandakan

Beberapa orang kakitangan daripada PTPB Sandakan turut menghadiri bengkel ini. Diharapkan bengkel ini dapat memberikan input yang berguna kepada PTPB Sandakan sekaligus membantu kepada pengurusan yang lebih cemerlang.

Tuesday, June 14, 2011

Selamat Datang.....

Selamat Datang ke blog rasmi Pusat Teknologi Pendidikan Sandakan.
Terima kasih di atas kunjungan anda.