Piagam pelanggan

PIAGAM PELANGGAN
Kami warga Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian dengan tekan dan iltizam, berjanji menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kami:-
1.    Menghasilkan bahan pendidikan dalam pelbagai media yang bermutu tinggi secara berterusan bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

2.    Menyebarkan maklumat pendidikan yang terkini melalui siaran pendidikan mengikut jadual yang ditetapkan.

3.    Memperkasakan sekolah bestari dengan memberi bimbingan, bantuan dan penyelesaian masalah sepanjang masa.

4.    Membudayakan tabiat membaca di sekolah sepanjang masa.

5.    Memberi perkhidmatan kepakaran dalam bidang teknologi pendidikan dari masa ke semasa.

6.    Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan memenuhi kehendak pelanggan sepanjang masa.